CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 17, 2008

PENGENALAN

Lampu isyarat adalah suatu alat pemberi isyarat yang ditempatkan di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki, atau lokasi-lokasi lain untuk menunjukkan keadaan aman untuk mengendarai atau berjalan sesuai dengan kod warna sejagat (dan suatu urutan yang persis bagi orang-orang yang menderita buta warna).

Sistem pengaturan lampu lalu-lintas pertama kali diperkenalkan di England, iaitu di daerah Westminster pada 10 Disember 1868. Lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual. Penggunaannya tidak bertahan lama, kerana gas tersebut mudah meledak. Seawal 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah. Kemudian pada tahun 1918 di New York. sistem lampu isyarat sebagai pengendali untuk mengawal lampu lalu-lintas diperkenalkan dengan penggunaan lampu 3 warna.
Sistem lampu isyarat berkait pertama kali digunakan di Salt Lake City pada 1917, dengan enam simpang yang dikawal menggunakan suis manual. Pada tahun 1926 di Wolverhamton, England, sistem pengaturan lampu isyarat automatik dicuba untuk pertama kalinya.


SISTEM LAMPU ISYARAT

Sistem lampu isyarat adalah satu alat pemberi isyarat yang ditempatkan khusus di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki atau lokasi lokasi lain yang mana memberikan/menunjukkan pergerakan khusus bagi bagi setiap sekumpulan pengguna jalan raya dengan masa yang ditetapkan.


Sejarah Awal

Sistem lampu isyarat pertama kali diperkenalkan di Westminster, England pada Disember 1868. Kaedah pertama lampu isyarat ini menggunakan lampu gas (Gas lantern). Seawal tahun 1912, lampu isyarat elektrik pertama digunakan di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.

Penggunaan sistem lampu isyarat di Brunei Darusalam bermula pada tahun 1967 dan ianya mula dipasang di persimpangan Jalan Sultan / Jalan Pemancha (berdekatan bangunan HSBC pada masa ini).

Pada awal tahun 1970an pemasangan sistem lampu isyarat hanya tertumpu di kawasan Bandar Seri Begawan sahaja terutama sekali persimpangan yang merbahaya dan sentiasa diguna pakai. Menjelang tahun 1990an, penggunaan lampu isyarat mula dilaratkan ke kawasan luar daerah. Sehingga pada masa ini jumlah persimpangan lampu isyarat di Brunei ialah 74 persimpangan



Teknologi sistem lampu isyarat di Brunei

Perubahan teknologi pada masa dahulu dan sekarang juga sedikit sebanyak mempengaruhi sistem lampu isyarat di seluruh dunia mahupun di negara kita sendiri.

Sistem lampu isyarat pada masa ini dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Nadi utama atau ‘jantung’ sistem lampu isyarat terletak pada “controller” lampu isyarat itu sendiri.

“Controller” sistem lampu isyarat ini merupakan salah satu peralatan yang canggih dan banyak digunakan di rantau Asia mahupun Eropah. Ianya berfungsi sebagai nadi, pengaturcara dan pengendali utama bagi setiap persimpangan lampu isyarat. Semua data-data sistem lampu isyarat di proses sepenuhnya ‘on-site’ oleh “controller”. Ianya juga dilengkapi sistem keselamatannya tersendiri dan sistem UPS (Uninterruptible Power Supply). UPS berfungsi sebagai ‘backup power supply’ jika persimpangan lampu isyarat terputus bekalan elektrik.

Penggunaan ‘signal head’ atau lampu juga merupakan aspek yang penting. Sistem lampu halogen mula diperkenalkan dan digunakan sepenuhnya pada awal sejarah pemasangan lampu isyarat di negara kita. Namun sistem lampu halogen ini memerlukan banyak tenaga elektrik dan bulb nya pula mudah terbakar. Oleh itu, ‘signal head’ LED (Light Emitting Diode) mula digunakan untuk mengganti sistem lampu halogen kerana penggunaan bekalan elektrik bagi sistem lampu LED adalah lebih menjimatkan dari sistem lampu halogen.

Kemudahan-kemudahan yang lain di persimpangan lampu isyarat

Selain daripada “controller”, UPS dan sistem lampu LED/Halogen, persimpangan lampu isyarat juga dilengkapi dengan “pedestrian countdown timer” bagi pengguna pejalan kaki untuk menyeberang jalan dipersimpangan lampu isyarat.

Kemudahan “Prepare To Stop” merupakan satu kemudahan yang penting untuk menjaga keselamatan di jalan raya terutama sekali di persimpangan lampu isyarat. Kemudahan ini ditempatkan di kawasan yang strategik terutama sekali di jalan yang bengkok dan merbahaya sebelum menuju ke persimpangan lampu isyarat. Fungsi utama “Prepare To Stop” ialah memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya.yang berupa ‘flashing amber light’ sebelum lampu isyarat di hadapan bertukar merah.


Kawalan dan pemeliharaan sistem lampu isyarat

Pemeliharaan, keberkesanan dan fungsi lampu-lampu isyarat pada masa ini adalah di bawah kawalan Jabatan Kerja Raya melalui Jabatan Jalan Raya. Pemeliharaan komprehensif dan teratur adalah merupakan elemen terpenting untuk menjaga keberkesanan dan kecekapan lampu isyarat itu sendiri. Jumlah persimpangan lampu isyarat dibawah kawalan dan Jabatan Kerja Raya adalah 74 persimpangan. Pusat Kawalan Lalu Lintas (Area Traffic Control Centre) yang terletak di bangunan Jabatan Jalan Raya bertanggungjawab dari segi mengawal, memantau dan memelihara persimpangan lampu isyarat. Sebanyak 37 daripada 74 persimpangan lampu isyarat di seluruh Brunei disambung terus secara berkomputer ke Pusat Kawalan Lalu Lintas, JKR melalui sistem komputer SCATS (Sydney Coordinated Area Traffic System). Selain daripada sistem SCATS, Pusat Kawalan Lalu Lintas juga dilengkapi dengan 12 unit kamera CCTV yang ditempatkan di beberapa kawasan persimpangan lampu isyarat terutama sekali di sekitar pusat Bandar Seri Begawan.


Fungsi & Peranan Utama Pusat Kawalan Lalu Lintas, JKR

-Mengawal dan memantau perjalanan lalu lintas di persimpangan lampu-lampu isyarat secara sistematik sepenuh masa dengan menggunakan perisian SCATS (Sydney Coordinated Adaptive Traffic System) dan sistem CCTV.
-Memastikan lampu-lampu isyarat berfungsi dengan baik dan efisien sepenuh masa.

0 comments: